Wednesday, June 23, 2010

Kapal Iran ke Gaza minggu ini

15/7

TEHERAN: Sebuah kapal bantuan kemanusiaan Iran akan meninggalkan Pelabuhan Bandar Abbas untuk pelayaran 14 hari ke Gaza hujung minggu ini.

Kapal itu, Anak Gaza, kini dalam proses menaikkan kargo dan ia akan selsesai Sabtu ini sebelum ia berlepas ke Gaza pada Ahad, kata jurucakap projek, Abdolraouf Adibzadeh (gambar).


Menurutnya, kapal itu hanya akan membawa 10 penumpang, lima wartawan dan lima pekerja bantuan, Bulan Sabit Merah.
Abdolraouf bagaimanapun tidak menyebut mengenai anggota Pengawal Revolusi mengiringi kapal itu.
Kapal berkenaan akan membawa 1,100 tan bantuan, termasuk ubat dan bahan makanan seperti tepung, air mineral, beras, minyak masak, ikan tuna dalam tin di samping sabun, selimut, pakaian, belon dan anak patung untuk kanak-kanak, katanya.
Persatuan Bulan Sabit Merah Iran merancang menghantar dua kapal bantuan ke wilayah Palestin itu awal bulan ini dan minggu lalu berkata, kapal itu sudah bersedia, hanya menanti kelulusan Kementerian Luar.


Bagaimanapun, seorang pegawai persatuan berkata kelmarin, pelayaran ke Gaza yang di bawah kepungan tentera laut Israel, ditunda kerana kekurangan penyelarasan dan perubahan kargo. Iran mengambil keputusan menghantar bantuan ke Gaza selepas komando Israel menyerang sebuah kapal misi bantuan kemanusiaan yang menyebabkan sembilan aktivis pro-Palestin Turki terbunuh dan mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa. – Agensi

Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails