Saturday, June 19, 2010

90 korban banjir China


SEORANG penduduk mengubah suai basikal untuk menyeberangi sungai Hanjiang di Wuhan, wilayah Hubei." ; ">
1.4 juta penduduk dipindahkan

BEIJING: Angka korban banjir di selatan China minggu ini mencecah 90 semalam dengan lebih 1.4 juta penduduk dipindahkan ketika wilayah yang ditenggelami berkenaan melakukan persiapan bagi menghadapi kesan hujan ribut lebih buruk.
Seramai 50 orang dilaporkan hilang di sembilan wilayah di seluruh selatan China, kata pegawai kawalan banjir negeri. Paras air meningkat melebihi paras selamat di kebanyakan sungai termasuk Pearl di wilayah perkilangan China itu.
Rakaman China Central Television semalam menunjukkan semua penduduk terperangkap di bumbung rumah mereka yang hampir ditenggelami air.

Askar terpaksa meredah air untuk menyelamatkan pelajar dari sebuah sekolah rendah di Nanping, wilayah timur di Fujian.

Selain itu, lebih 1,000 penduduk dipindahkan dari sekolah itu pagi semalam selepas terperangkap akibat jalan raya yang banjir, kata laporan.

Sehingga 8 pagi semalam waktu tempatan, seramai 5.5 juta penduduk terjejas akibat banjir termasuk mengalami kecederaan dan hilang harta benda, kata seorang pegawai bertugas di pusat kawalan banjir.
Lebih 1.4 juta penduduk dipindahkan dari kawasan rendah di wilayah terbabit sejak Khamis lalu, lapor China Daily.

Seramai 35 orang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat, lapor agensi berita Xinhua. Pegawai kawalan banjir memberitahu Associated Press mereka tidak dapat mengesahkan jika angka berkenaan termasuk dalam angka kematian keseluruhan akibat banjir itu.

Xinhua memetik seorang penduduk tempatan sebagai berkata, sekurang-kurangnya 25 kematian adalah disebabkan tanah runtuh di wilayah Fujian lewat malam kelmarin.

Pusat kaji cuaca tempatan memberi amaran bahawa hujan lebat akan berlaku di wilayah terbabit sehingga tengahari, hari ini.

Hujan ribut itu turut meruntuhkan empangan sehingga menyebabkan air sungai melimpah, tanah runtuh serta bekalan kuasa terputus selain merosakkan lebuh raya, kata laman web agensi bantuan bencana.

China Daily melaporkan, sembilan pegawai di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang dikenakan denda kerana mengabaikan tugas berkaitan banjir termasuk seorang pemantau empangan ditangkap dan didakwa cuai dalam menjalankan tugas kerana bermain pakau. – AP

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails