Saturday, July 3, 2010

Selangor dapat perpustakaan RM17 juta hujung tahun ini

Harakahdaily
SHAH ALAM, 3 Julai: Selangor akan mempunyai sebuah perpustakaan baru serba lengkah menjelang akhir tahun ini apabila perpustakaan awam yang sedang dibina bernilai RM17 juta siap.

Exco kerajaan negeri, Dr Halimah Ali berkata, bangunan yang terletak di Seksyen 11 Shah Alam dan menghadap tasik itu dijangka siap November tahun ini.

"Insya Allah kita akan lancar buku karya rakyat Selangor yang ditulis oleh semua rakyat Selangor dari menteri besar hingga rakyat biasa itu sempena pembukaannya nanti," kata Dr Halimah di majlis penyampaian hadiah pertandingan menulis buku skrap Selangor di bangunan PKNS semalam.

Buku besar yang dirancang Halimah bakal menjadi bukti komitmen rakyat Selangor untuk melahirkan masyarakat berilmu di negeri ini.

(Gambar: Maskot membaca kerajaan negeri Selangor di majlis penyampaian hadian buku skrap)

Sejak dari awal lagi, Exco pendidikan Selangor ini tidak putus-putus menjalan aktiviti untuk menjadikan Selangor sebagai hab ilmu.

Antara program kebanggaan beliau adalah Jejak Ilmuan yang beliau rancang untuk menjadikan para ilmuan di negeri ini sebagai ikon atau idola rakyat.

Beliau turut mengeluar majalah bulanan bertajuk Jejak Ilmuan untuk pelajar sekolah dan golongan pendidik di negeri ini.

Baru-baru ini, beliau bersama Sultan dan MB Selangor menaiki bot mengelilingi Tasek Shah Alam bagi melihat ribuan rakyat Selangor membaca dalam program gerakan membaca.

"Saya bercita-cita agar semua rakyat negeri ini menjadikan proses mencari ilmu melalui membaca sebagai satu proses yang menyeronokkan," kata Dr Halimah di majlis hari ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails