![]() |
"Kami daripada 17 cawangan Umno ini masih lagi sayangkan parti dan masih berdiri teguh di belakang Umno, jadi janganlah biarkan kami meningggalkan Umno hanya kerana tiada apa yang boleh dibincangkan lagi," katanya kepada pemberita di Georgetown.
Beliau berkata, semua 17 cawangan Umno itu kesal dengan tindakan kepimpinan bahagian Jelutong dan badan perhubungan negeri yang menfitnah kononnya status cawangan mereka tidak sah atas alasan mempunyai ahli hantu.
![]() |
Ahli-ahli Umno bahagian Jelutong juga melahirkan rasa kecewa mereka kerana Ahmad Zahid yang dijadualkan merasmikan mesyuarat agung tahunan (AGM) bahagian itu gagal berbuat demikian.
Selain Zahid yang juga naib presiden Umno, Senator Ezam Mohd Nor yang juga dijemput bersama langsung tidak kelihatan.
Sesetengah ahli mendakwa tindakan pemimpin itu seolah-olah meninggalkan mereka ketika menghadapi kemelut yang belum berakhir.
Abdul Wahab berkata, sebelum ini terdapat wakil majlis tertinggi (MT) Umno menjalankan siasatan mengenai dakwaan Umno bahagian Jelutong terhadap 17 cawangan terbabit dan hasil siasatan itu mengesahkan bahawa semua cawangan itu mempunyai lebih 4,000 ahli sah.
![]() |
Beliau yang juga bekas ketua pemuda Umno bahagian Jelutong berkata tindakan kepimpinan bahagian itu sememangnya melemahkan parti kerana ketika presiden, Datuk Seri Najib Razak, memperkukuhkan pengaruh Umno di kalangan rakyat, bahagian itu pula menyingkirkan ahlinya.
![]() |
Sementara itu, Ketua Bahagian Umno Jelutong, Abdul Razak Abdul Rahman, berkata beliau telah menghantar surat kepada ahli-ahli daripada 17 cawangan itu untuk menyertai cawangan lain kerana badan perhubungan Umno negeri telah membuat keputusan untuk menutup cawangan mereka.
- Bernama
No comments:
Post a Comment