Friday, October 8, 2010

Budaya 'gay', PAS mahu konsert Lambert dibatal

PAS hari ini mengajak rakyat khususnya penggiat seni dan penghibur tanahair supaya membantu parti itu mempertahankan jati diri dunia hiburan tempatan daripada terus tercemar oleh anasir-anasir luar, lapor Harakahdaily.

Sehubungan itu, Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mengajak rakyat membantah rancangan terbaru kerajaan mengizinkan Konsert Adam Lambert yang dijadualkan pada 14 Oktober depan.

"Saya yakin rakyat sependapat dengan PAS, iaitu hiburan adalah tuntutan naluri manusia dengan ada tatasusila ketimurannya dan tidak menyimpang dari norma-norma agama di Malaysia,” katanya.

Menurut Dr Dzulkefly jika “budaya mencium pemain keyboard lelaki, beraksi lucah antara penari lelaki yang lain yang digayakan oleh penyanyi gay itu” yang mahu dibawa ke negara ini, rakyat diyakini akan menolaknya.

Katanya, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Artis Luar Negara (Puspal) sepatutnya tidak semberono bersetuju membawa artis gay itu ke negara ini.

Budaya liar

Ini kerana, kata ahli parlimen Kuala Selangor itu, Lambert sebenarnya dikecam hebat oleh dunia apabila melakukan beberapa adegan kontroversi di pentas Anugerah Award Amerika sebelum ini.

Berikutan itu, rancangan televisyen Good Morning America terbitan ABC di Amerika Syarikat membatalkan penampilan Lambert kerana menolak budaya liar penyanyi gay berkenaan.

“Gaya hidup Amerika yang selalu kita anggap bebas pun menolak semua ini, mengapa kita (kerajaan) yang selalu mengaku kitalah Islam tidak belajar semua ini?” soalnya.

Baginya, kerajaan sepatutnya mengambil berat soal menjemput selebriti asing memandangkan KPKK serta Puspal pada Mei lalu telahpun ditegur apabila membenarkan penyanyi lucah Pitbull mengadakan persembahan di negara ini.

"Kerajaan seakan tidak kisah semua ini kerana selepas konsert Pitbull dibantah 15 Mei lalu pun, kerajaan nampaknya masih memberi kelulusan pada syarikat yang sama untuk menjemput Adam Lambert," katanya lagi.

-malaysiakini

Penamaan Calon Pilihanraya Galas 26 Oktober,Pembuangan Undi 4 November


PUTRAJAYA: Pilihanraya kecil Dun Galas akan diadakan pada 4 November akan datang manakala hari penamaan calon telah ditetapkan pada 26 Oktober ini. Perkara itu diumumkan oleh, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar selepas SPR bermesyuarat, sebentar tadi.


Menurut sumber Wan Ahmad berkata, seramai 11,553 pengundi yang melibat 11,426 pengundi biasa manakala 127 pengundi pos layak mengundi. SPR juga menamakan Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustaffa Wan Abdul Halim sebagai pegawai pengurus pilihan raya.


Menurutnya penamaan calon akan diadakan di Bilik Gerakan Jajahan Gua Musang manakala Pusat Sivik Gua Musang dijadikan Pusat Penjumlahan Undi pada malam 4 November

Hukum menerima bantuan dari wang yang haram.



Nasrudin Hassan at-Tantawi

Muqaddimah

Isu ini bukanlah perkara baru di dalam Islam. Ini kerana hal ini juga pernah berlaku pada zaman Nabi saw apabila Saidina Abu Bakar ra merujuk kepada Baginda saw mengenai wang haram yang diperolehinya.

ولما نزل قوله تعالي: {ألم * غُلِبَتِ الرُّومُ * فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ} [الروم:1-3]، كذبه المشركون وقالوا للصحابة: ألا ترون ما يقول صاحبكم، يزعم أن الروم ستَغلب. فخاطرهم أبو بكر رضي الله عنه، بإذن رسول الله صلي الله عليه وسلم، فلما حقَّق الله صدقه، وجاء أبو بكر رضي الله عنه، بما قامرهم به، قال عليه الصلاة والسلام: "هذا سحت، فتصدَّق به". وفرح المؤمنون بنصر الله، وكان قد نزل تحريم القمار بعد إذن رسول الله صلي الله عليه وسلم له في المخاطرة مع الكفار

Mafhum daripada hadith ini adalah Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a pernah bertaruh [di awal Islam sewaktu perjudian belum diharamkan secara menyeluruh] dengan seorang Musyrik [yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah al-Rum ayat 1 dan 2 yang mengisyaratkan kejatuhan Rom] bahawa Kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh maka Saidina Abu Bakar ra telah memperolehi harta pertaruhan itu [ianya haram kerana judi dan tujuan Saidina Abu Bakar ra hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran], apabila Abu Bakar datang kepada Rasulullah SAW menceritakan perihal harta haram yang diperolehi melalui hasil taruhan [judi] itu,

Rasulullah bersabda : "Ini kotor, sedekahkanlah ia". Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir.

Menginfaqkan harta yang diperolehi dari cara yang haram

Pendapat pertamaDibolehkan untuk menginfaq harta yang diperoleh dari hasil yang haram. Pendapat ini adalah pendapat jumhur.

Sheikh Dr Yusof al-Qardhawi [1]

“Kebenarannya adalah bahawa harta tersebut adalah kotor [ haram ] dengan dinisbahkan kepada orang yang memperolehinya dengan cara yang tidak halal akan tetapi ianya baik [ halal ] dengan dinisbahkan kepada faqir miskin untuk tujuan kebaikan

Haram ke atas orang yang memperolehinya dengan cara yang tidak halal tetapi dibolehkan kerana tujuan kebaikan tadi seperti menyedekahkannya. Ini kerana, harta tersebut tidak haram bagi zatnya akan tetapi ianya haram hanya kerana individu tertentu kerana sebab yang tertentu.

Transaksi harta haram biasanya berlaku dalam 4 keadaan ;

I. Individu tersebut mengambil harta haram itu untuk kegunaan dirinya dan keluarganya. Keadaan ini telah jelas pengharamannya

II. Harta haram [Harta riba’ yang diperolehi melalui system perbankan] dibiarkan kekal dalam bank yang berurus niaga secara riba’. Perbuatan ini juga adalah haram

III. Harta yang diterima atau diperolehi melalui hasil yang haram ini dimusnahkan [dibakar dll]. Hal ini ada di dalam riwayat yang menceritakan hal keadaan salafus-soleh yang wara’. Akan tetapi perkara ini telah ditolak oleh al-Imam al-Ghazali rhm di dalam kitab al-Ihya’.

IV. Harta tersebut digunakan dalam transaksi yang bertujuan kepada kebaikan seperti untuk disedekahkan kepada orang-orang faqir miskin, anak-anak yatim, ibnu al-Sabil ataupun mana-mana pertubuhan kebajikan, dakwah dan kemasyarakatan Islam. Perkara sebegini adalah dibenarkan.

Al-Imam al-Ghazali rhm

Sekiranya ada yang bertanyakan apakah dalil yang membolehkan untuk disedekahkan dengan sesuatu yang haram?, dan bagaimana pula bersedekah dengan sesuatu yang bukan miliknya[2] ?. Sedangkan di sana terdapat sekumpulan [ulamak] yang tidak membenarkan perkara tersebut kerana ia adalah haram. Sememangnya di sana terdapat satu riwayat yang menyatakan al-Fudhail tidak menerima sedekah yang diterima dari hasil yang haram.

Sheikh Atiyyah Saqor [3]

"Wajib melupuskan harta yang haram ketika bertaubat, ia boleh dilakukan dengan memulangkan kembali harta itu kepada tuannya (jika diketahui) atau kepada warisnya, dan jika tidak mampu diketahui, hendaklah diserahkan kepada faqir miskin bagi memisahkan diri darinya [harta yang haram] dan bukannya bagi meraih pahala (dari serahan itu).

Imam Ibnu Qayyim[4]

Jika sesuatu harta yang didapati dari sumber haram itu diketahui pemiliknya (seperti harta haram hasil curi dan diketahui pemiliknya), cara melupuskannya adalah dengan memulangkan kembali wang curi itu kepada tuannya serta meminta maaf dan kemudian melakukan taubat kepada Allah swt. Sekiranya dia gagal memulangkan kepada tuannya maka hendaklah dia memulangkan kepada warisnya. Sekiranya dia gagal juga, barulah harta itu disalurkan kepada sedeqah

Dalil yang membenarkan

فأمر رسول الله صلي الله عليه وسلم، بالتصدُّق بالشاة المصلية التي قدِّمت إليه فكلَّمته بأنها حرام، إذ قال صلي الله عليه

وسلم: "أطعموها الأساري"

Mafhum hadith

Hadith ini menceritakan bahawasanya pernah dihidangkan kepada Nabi saw daging kambing. Lalu daging tersebut menyatakan kepada Nabi Muhammad saw bahawa ia adalah haram. Lalu Nabi saw menyuruh sahabat untuk memberikan ia kepada orang lain untuk dimakan [menyedekahkannya].

Rasional hadith

Perbuatan Nabi saw yang menyedekahkan daging kambing [yang haram] untuk disedekahkan.

al-Athar Saidina Hasan ra

وسئل الحسن رضي الله عنه، عن توبة الغال (مَن يأخذ من مال الغنيمة قبل أن يقسم، وما يؤخذ منه بعد تفرُّق الجيش)، فقال: يتصدَّق به.

Mafhum athar

Athar ini menceritakan mengenai taubat bagi orang yang mengambil ghanimah sebelum ianya dibahagikan. Saidina Hasan ra mengatakan bersedekah dengan apa yang diambilnya tadi membuktikan taubat bagi perbuatannya yang mengambil harta dengan cara yang haram.

Rasional athar

Walaupun athar ini menceritakan mengenai ghanimah yang pada asalnya halal, tetapi sekiranya ia diambil dengan cara yang tidak betul maka hukumnya tetap haram kerana harta ghanimah bukanlah pemilikan dia seorang. Ianya perlu dibahagikan mengikut apa yang diajarkan oleh Allah swt. Tuntasnya, apabila ia tidak diambil dengan kaedah yang telah digariskan oleh Allah swt maka ianya tetap haram. Justeru, bagi mereka yang melakukan dosa besar [melakukan sesuatu yang haram] wajib bertaubat dan Saidina Hasan ra menyatakan salah satu cara membuktikan dia bertaubat adalah dengan menyedekahkan apa yang telah diambilnya dengan cara yang salah.

Persamaan hal ini dengan kes di atas adalah kedua-kedua harta tersebut adalah diperolehi melalui hasil yang haram. Hukum haramnya tetap ke atas orang yang melakukan iaitu dia tidak boleh membelanjakan wang tersebut demi dirinya atau kepentingan keluarganya. Penyelesaiannya adalah wang tersebut perlu diberikan kepada orang lain [faqir miskin] kerana wang tersebut tidak haram pada zatnya untuk orang lain.

Qiyas

Sheikh Dr Yusuf al-Qardhawi menyatakan bahawasanya harta sebegini berada dalam timbangan samada untuk dimusnahkan atau digunakan untuk jalan kebaikan. Ini kerana harta tersebut telah menjadi rosak di sisi pemiliknya. Secara dharuri melalui pengetahuan kita, menggunakan harta tersebut kearah kebajikan adalah lebih baik dari membuangnya ke dasar lautan [memusnahkannya]. Ini kerana, sekiranya kita membuang ia ke dasar lautan maka sesungguhnya benda tersebut hilang dari sisi kita tanpa kita memperoleh faedah daripada perbuatan kita tadi.

Akan tetapi, sekiranya kita menginfaqkan ia kepada faqir miskin nescaya mereka akan mendoakan pemiliknya keberkatan daripada Allah swt. Selain itu, mereka yang faqir tadi boleh memenuhi tuntutan keperluan mereka di samping tuan [harta haram] yang menyedekahkannya tadi memperolehi ganjaran di sisi Allah swt.

Di dalam masalah yang berkaitan penerimaan bantuan dari hasil judi dan situasinya adalah penerima mengetahui wang bantuan tersebut adalah datang dari hasil judi maka wang tersebut perlulah dikembalikan kepada orang yang memberikan atau wakil kepada yang memberikan kerana wang yang diperolehi dari hasil yang haram perlu [wajib] dilupuskan [6]. Ini kerana hukum asal menggunakan wang yang diperolehi dari hasil yang haram hukumnya juga adalah haram. Hal ini dikuatkan dengan kaedah “ bahawa menolong dan menyebarkan yang haram itu juga adalah haram “[7].

Pendapat keduaSegala bentuk wang yang haram perlu disimpan [dibekukan]. Ini kerana ditakuti harta tersebut jatuh ke tangan mereka yang zalim bukan kepada mereka yang adil. Justeru, dengan menyimpan [membekukan] wang tersebut, ia dapat memelihara harta tersebut daripada jatuh ke tangan orang yang zalim. Antara yang menggunakan pendapat ini adalah Sheikh al-Islam Ibn Taimiah[8]

Dalil bagi pendapat kedua adalah

1. Firman Allah swt di dalam Surah al-Baqarah

Wahai orang-orang Yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu Yang baik-baik, dan sebahagian dari apa Yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. dan janganlah kamu sengaja memilih Yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil Yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali Dengan memejamkan mata padanya. dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji "

2. Daripada al-Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud ra[9]

ما رواه ابن مسعود – رضي الله عنه – أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: "والذي نفسي بيده لا يكسب عبد مالاً من حرام فينفق منه فيبارك له فيه، ولا يتصدق فيقبل منه ولا يتركه خلف ظهره إلا كان زاده إلى النار"

Rasional dalil

Secara umumnya, dalil di atas menunjukkan bahawasanya Allah tidak akan menerima sedekah melainkan hal keadaan pemberian itu adalah baik. Jadi sedekah dengan harta ini tidak akan diterima melainkan dengan harta yang halal dan diperolehi melalui cara yang mengikut syarak. Syarat untuk amalan yang baik itu diterima [sedekah] adalah melalui infaq harta yang halal.

Jawapan al-Imam al-Ghazali[10]

Adapun kata-kata : kita tidak bersedekah dengan harta melainkan dari harta yang baik [halal] adalah apabila kita mengharapkan pahala dari pemberian sedekah tersebut untuk diri kita. Perbincangan kita sekarang adalah pelupusan harta yang haram dari sisi kita bukan untuk kita mendapatkan pahala buat diri kita. Di antara melupuskan harta tersebut dengan dimusnahkan dan diinfaqkan maka kami cenderung pada pandangan untuk harta tersebut diinfaqkan.

Pendapat ketigaHasil dari harta haram perlu dimusnahkan. Sebahagian kecil daripada ulamak-ulamak salaf seperti Qadhi Fudhail al-‘Iyyadh

Walaupun sebahagian besar ulamak yang menerima pandangan bahawasanya duit haram yang diperolehi boleh disedekahkan, akan tetapi masih ada ulamak yang menolak menggunakan duit haram yang disalurkan sebagai sedekah / bantuan.

وحُكي عن الفضيل أنه وقع في يده درهمان، فلما علم أنهما من غير وجههما، رماهما بين الحجارة، وقال: لا أتصدق إلا بالطيِّب، ولا أرضي لغيري ما لا أرضاه لنفسي!

Cara untuk tassorruf [ transaksi ] dengan harta dari hasil yang haram

Pendapat pertama

Digunakan untuk maslahah[11] umum orang Islam dan ini adalah pendapat Sheikh al-Islam Ibnu Taimiah rhm

Pendapat kedua

Digunakan dengan memberi sedekah secara umum[12] dan ini adalah pandangan Hanafiah, Malikiah, Imam Ahmad dan ulamak-ulamak mazhabnya serta Imam Ghazali daripada mazhab Syafi’e

Pendapat ketiga

Digunakan untuk maslahah umat Islam yang faqir (dll) bukan untuk membina masjid. Pendapat ini adalah dari Suruhanjaya Fatwa Penerbitan di Arab Saudi[13] dan Penasihat Gedung Kewangan Kuwait

Pendapat keempat

Digunakan untuk jihad di jalan Allah swt dan ini adalah salah satu pandangan Sheikh al-Islam Ibn Taimiah

_________________________________________________________________________

Pencerahan [ Nota Tambahan ]

Apa yang dimaksudkan dengan harta itu haram

Harta yang haram adalah harta yang haram digunakan dan untuk dimanfaatkan oleh pemiliknya. Contohnya Abu terlibat dengan perniagaan yang berunsurkan riba’ dan dia mendapat keuntungan melalui riba’. Maka haram bagi Abu untuk menggunakan keuntungannya tadi demi kepentingan dan manfaat bagi dirinya dan keluarganya. Akan tetapi, sekiranya duit riba’ tersebut disedekahkan kepada faqir miskin untuk manfaat mereka maka itu adalah halal kerana pengharamannya adalah dengan sebab riba’ bukan kerana duit tersebut haram.

Allah tidak menerima sedekah melainkan dengan harta [pemberian] yang baik

Harta yang haram sudah tentu bukan dari hasil dan pemberian yang baik. Malah ia bukan dari milik kita. Bagaimana untuk kita memberi sedekah pada suatu benda yang bukan dari pemilikan kita?.

Secara mudahnya, memberi sedekah dari harta haram ini merupakan kewajipan untuk memisahkan diri pemilik dari harta yang haram. Perkataan sedekah itu diterjemah sebagai memberi bantuan kepada golongan faqir dan miskin. Orang yang menginfaqkan hartanya dari hasil yang haram tidak akan mendapat pahala kerana bersedekah tetapi dia akan mendapat pahala dari sudut yang lain[14] antaranya ;

1. Menahan dirinya daripada harta tersebut dan mengambil manfaat daripadanya dalam apa jua keadaan.

2. Meletakkan harta tersebut pada tempatnya iaitu ke jalan kebajikan.

3. Melaksanakan kewajipan iaitu melupuskan harta haram disisinya dll.

____________________________________________________________________________________

Mulaahazah [ Perhatian ]

Membincangkan isu transaksi wang haram yang dibolehkan pada keadaan tertentu bukan bermakna ia menjadi satu keharusan untuk sebuah kerajaan mengekalkan atau menggalakkan sesuatu amalan [ muamalah ] yang diharamkan oleh Allah swt. Sebaliknya persoalan ini , fokus kepada penerima seperti faqir miskin atau rakyat.

Sementara pihak kerajaan [ pemberi ] mempunyai sudut perbahasan yang berbeza dengan perbahasan mengenai penerima [ rakyat ] .

Ringkasnya, bagi sebuah kerajaan sayugia berikhtiar agar membebaskan diri dari sistem muamalah yang diharamkan oleh Allah swt sebagaimana menjadi kewajipan jua bagi sebuah kerajaan tidak menjalankan kegiatan - kegiatan yang diharamkan seperti industri perjudian . Ini bagi memastikan kerajaan tersebut diredhai oleh Allah swt pentadbiran dan pembendaharaannya .

Kerajaan yang terpaksa berurusan dengan sumber haram seperti melibatkan wang cukai dari industri arak [ yang diharamkan kepada orang Islam tetapi tidak kepada non muslim - berbeza isu judi ] maka.....

saya berpendapat , biarpun ada pandangan ulama' yang mengharuskan wang itu di hulurkan kepada rakyat sebagai bantuan faqir miskin dan seumpamanya [ sebagaimana perbahasan panjang di atas ] dan rakyat harus menerimanya pula rakyat tidak wajib mengusul periksa sumber kewangan tersebut , namun adalah terlebih afdhal dan wara' [ bagi pihak kerajaan - terutama kerajaan Islam ] mengasingkan tabung atau pembendaharaan yang di perolehi dari sumber yang tidak halal . Kemudiannya memastikan hanya wang yang jelas halal disalurkan [ disuap ] kepada rakyat . Ianya terlebih afdhal jika kerajaan boleh bertindak demikian .

Wallahualam bissowab.

Nasrudin bin Hassan At tantawi

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

[1] Laman web Sheikh Dr Yusuf al-Qardhawi (www.qaradawi.net) di dalam : فتاوى و أحكام

إنفاق المال المكتسب من حرام

[2] Ini kerana setiap barang yang diperolehi dari sumber yang haram bukanlah menjadi milik bagi orang yang memperolehinya

[3] Min Ahsani al-Kalam fi al-Fatawa (2/65)

[4] Zad al-Ma'ad, Ibn Qayyim, 4/251

[6] Sheikh ‘Athiyyah Saqar ; Min Ahsani al-Kalam fi al-Fatawa

[7] Sheikh Dr Yusof al-Qardhawi ; Bab 1 Halal dan Haram

[8] Kitab لفتاوى الكبرى (4/210-213)

[9] Imam Ahmad di dalam Kitab المسند (1/387)

[10] Kitab إحياء علوم الدين (5/83)

[11] Maslahah umum di sini bermaksud adalah digunakan untuk kegunaan ramai bukan seorang individu

[12] Keadaan yang kedua ini adalah lebih menyeluruh kerana termasuk kepadanya diberikan kepada faqir miskin

[13] Lihat : مجموع فتاوى اللجنة الدائمة (13/354)

[14] Sheikh Dr Yusuf al-Qardhawi

Saturday, September 4, 2010

Syirik : Satu Lagi Produk 1 Malaysia

1. Isnin ini Dewan Pemuda PAS Pusat akan menghantar surat bantahan ke Stesen TV3 dan juga kepada Kementerian Penerangan berkaitan siaran iklan Aidil Fitri yang sungguh mengelirukan . Iklan tersebut dilihat seperti menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur - unsur Krismas , Hindu dan Buddha . [ beca terbang , teratai dan pelita ]

2. Iklan Aidil Fitri ala Santa Claus ini juga dilihat sebagai satu perbuatan menghina agama Islam dan mendidik penonton khasnya kanak - kanak menjadi syirik. Ia sangat mengguris perasaan dan sensitiiti ummat Islam.

3. Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa agar TV3 segera membatalkan penyiaran iklan tersebut. Kalaupun pihak mereka mahu mempromosikan 1 Malaysia , janganlah keterlaluan sehingga mengenepikan persoalan sensitif mengenai agama dan pegangan hidup ummat Islam .

4. Dewan Pemuda PAS Pusat turut mendesak agar TV3 memohon maaf kepada ummat Islam di atas penyiaran iklan yang bercanggah dengan syara' dan memberi gambaran yang salah tentang Aidil Fitri sebagai satu hari yang mulia dalam diari ibadah ummat Islam .

5. Ummat Islam diseru agar memboikot iklan sedemikian dan menegah anak - anak mereka menontonnya kerana iklan seperti itu jelas boleh memberi kesan negatif kepada aqidah khususnya kepada kanak - kanak Islam . Dewan Pemuda PAS Pusat turut mengharapkan agar Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia [ JAKIM ] memantau iklan , filem dan drama yang bertentangan dengan nilai dan syariat Islam. Nampaknya tidak memadai iklan atau filem ditapis oleh pihak FINAS jika perkara - perkara yang menjejas nama baik Islam masih terus berleluasa di dalam media elektronik negara kita .

CINA KAFIR TAK BOLEH MASUK MASJID, TAPI BOLEH PULAK BINA MASJID

25 Ramadan 1431 H | 4 September 2010

Negara jadi kecoh seminggu dua ini, bilamana ada seorang dua YB dari DAP masuk ke dalam ruang solat masjid dan surau di Selangor; seolah-olah itulah tragedi hitam dalam sejarah masjid di Malaysia. Macamlah perkara ni baru kali pertama berlaku, sedangkan semua orang tahu dah bertahun pimpinan MCA dan Gerakan yang bukan Islam memasuki masjid, tak jadi kecoh pun. Bahkan ada di kalangan mereka masuk untuk kempen dalam PRU pun sebelum ni..

Cuma sepatah kata kawan saya: “Cina MCA atau Gerakan tu tak apa, sebab dia orang dah tak berapa Cina, bukan macam DAP, itu ‘piau’ Cina punya”. Saya tak tahu mana yang ori mana yang dah celup, tapi bila tengok dua-dua tu Cina belaka. Isu sebenarnya bukanlah kerana dia Cina, tapi dia tu Cina yang duduk di Selangor dan P.Pinang. Kalau Cina Johor ke, Pahang ke, rasanya taklah kecoh sangat.

Lebih malang ada yang keluar ‘fatwa’ melarang Cina kafir masuk ke masjid, takut ianya mencemar nama baik masjid. Tapi bila bagi projek buat masjid, berapa ramai kontraktor Cina diambil untuk buat masjid? Bukan apa, kata tokei Cina itu: “Ini kita buat itu rumah Allah ho, jangan tipu-tipu, mesti baik punya, nanti ada ‘ong’ punya!”.

Dia pun tahu buat masjid tak boleh tipu, kena buat betul-betul, tapi bila bagi kepada kontraktor Melayu (sebut UMNO) buat masjid, lihatlah berapa banyak masjid yang terbengkalai, mengaut untung ‘atas angin’ bilamana tender dijual kepada kontraktor Cina. Bahkan yang memasang karpet masjid tu pun berapa banyak kontraktor Cina yang buat? Masa tu masuk masjid tak apa, sebab belum dirasmikan lagi. Yang dah rasmi pun kalau nak baiki ‘mic’ bagi power punya, berapa ramai Cina yang dapat projek? Ini tak apa pulak. Sebabnya hanyalah yang dapat tu Cina MCA, tak apa. Jangan Cina DAP je…

Nasib mereka ni macam ‘bulldózer’, yang diguna untuk tolak tanah, ratakan tanah nak buat lebuhraya, tapi bila dah siap, dia tak dibenarkan lalu atas lebuhraya tu. Kalau nak jalan jugak, dia kena naik lori. Jadi kalau DAP nak masuk masjid jugak, dia kena ‘naik’ atas BN rasanya baru ok……kalau dah jadi begitu, hari ni juga dia dah boleh masuk masjid.

sumber ; TUAN IBRAHIM

Tuesday, July 20, 2010

'Umno Setiu temu mata pun tak boleh'

Kemelut di antara pemimpin Umno Setiu, Terengganu tidak akan berakhir selagi mereka tidak dapat duduk semeja dan berbincang, kata ketua bahagiannya Datuk Mohd Jidin Shafie.

Mohd Jidin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan empat orang ADUN kawasan tersebut yang memulaukan persidangan perwakilan Umno bahagian tersebut pada Jumaat lalu.

Keempat-empat ADUN itu ialah Ramlan Ali (Jabi), Abd Halim Jusoh (Permaisuri), Asha'ari Idris (Langkap) dan Khazan Che Mat (Batu Rakit).

Keempat-empat orang wakil rakyat itu dilaporkan memulaukan mesyuarat berkenaan sebagai tanda protes kepada kepemimpinan Mohd Jidin, yang juga merupakan ahli parlimen kawasan tersebut.

Dilaporkan, salah seorang wakil rakyat berkenaan, Ramlan Ali, bertindak demikian memandangkan Mohd Jidin tidak menunjukkan kesungguhan untuk menyelesaikan krisis kepemimpinan yang berlaku.

Mengulas perkembangan itu, Mohd Jidin menjelaskan bahawa masalah yang timbul di antara beliau dengan empat orang wakil rakyat tersebut sebenarnya berpunca daripada keputusan daripada pemilihan di peringkat bahagian pada 2008.

Idris Jusoh proksi

Katanya, dalam pemilihan pada 25 Oktober itu, Ramlan Ali bertanding menentang Mohd Jidin bagi kerusi ketua bahagian, namun Ramlan tewas.

Tambahnya, bagi mengelakkan perpecahan di kalangan anggota bahagian, beliau menubuhkan jawatankuasa tambahan dan melantik Ramlan ke jawatan tersebut.

"Bila kita berbincang, kita setuju lantik dia (Ramlan) sebagai ahli jawatankuasa tambahan dan kita lantik pada masa itu empat orang. Yang tiga orang ini terima dan hadir mesyuarat bahagian, tapi dia ini (Ramlan) terima pun tidak, hadir pun tidak," katanya lagi.

Tiga lagi wakil rakyat berkenaan bagaimanapun berjaya dalam pemilihan tersebut. Asha'ari Idris menang jawatan timbalan ketua bahagian, manakala Abdul Halim dan Khazan masing-masing berjaya mendapat jawatan naib ketua bahagian dan ketua pemuda.

Mesyuarat yang dirasmikan timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin itu bagaimanapun turut dihadiri ketua Umno bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang disebut-sebut sebagai ketua proksi bagi empat orang ADUN berkenaan.

Mohd Jidin ketika dihubungi Malaysiakini bagaimanapun enggan mengulas sama ada ketidakhadiran empat orang wakil rakyat berkenaan disebabkan kesetiaan mereka kepada Idris.

Dekat di mata, dekatlah di hati


"Berkenaan itu saya tidak tahu. Saya tidak ada maklumat. Pada saya, saya tumpu kepada buat kerja. Soal (sokong) orang itu, orang ini, perkara biasa saja," katanya lagi.

Tambahnya, soal kesetiaan di kalangan pemimpin bahagian tidak timbul kerana isu pokok ialah ketidakhadiran mereka ke mesyuarat.

"Isunya, mereka tidak pernah hadir mesyuarat bahagian. Jadi saya hendak selesaikan kemelut macam mana kalau bertemu mata pun tak boleh?

"Kekesalan saya ialah mereka ini tidak hadir mesyuarat agung bahagian yang dirasmikan timbalan perdana menteri dan kekesalan itu disuarakan oleh timbalan perdana menteri semasa berucap. Ini yang sebabkan ahli-ahli agak marah.

"Mereka kena pikul tanggungjawab. Sebagai timbalan ketua bahagian, naib ketua bahagian, tanggungjawab mereka ialah hadir mesyuarat. Kalau mereka datang, walaupun selama dua minit, perkara ini tidak berbangkit lagi," katanya.

Beliau yakin, penyelesaian akan dapat dicapai sekiranya pemimpin berkenaan mampu untuk duduk semeja dan mengadakan perbincangan dengannya.

"Kita ini kalau dekat di mata, dekatlah sikit di hati. Penyelesaian boleh dibuat kalau perasaan kasih sayang itu masih ada," katanya yang turut menegaskan, pemimpin berkenaan bertanggungjawab kepada parti

Bekas duta: Anwar akan terus dihumban ke penjara?

Sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah atas tuduhan meliwat, adakah beliau akan dinafikan peluang ikat jamin dan terus dihumban ke penjara?

Senario itu dikemukakan oleh bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott, melalui rencana pengarangnya yang disiarkan di The Wall Street Journal - akhbar yang paling tinggi edarannya di Amerika, semalam.

"Ketika melawat Malaysia bulan lau, adalah jelas bukan sahaja bagi Anwar tetapi juga pemerhati lain bahawa mereka menjangkakan keputusan bersalah pada Ogos nanti,” tulis Malott.

"Persoalannya sama ada dia akan bebas dengan ikat jamin semasa rayuannya atau terus dihumban ke penjara.”

Me
nurut Malott pengalamannya berkhidmat di Kuala Lumpur antara 1995 hingga 1998 menyakinkannya bahawa perbicaraan liwat kedua membabitkan bekas timbalan perdana menteri itu adalah bermotifkan politik.

"Segala yang saya ketahui ketika itu dan sekarang ini, membawa kepada rumusan bahawa perbicaraan ini adalah untuk mengketepikan beliau dari politik,” katanya.

Merujuk kepada kejayaan Anwar pada pilihan raya umum 2008, Malot berhujah perbicaraan liwat sekarang bertujuan melemahkan pakatan pembangkang yang semakin bersemangat.

"R
ancangan politik kerajaan adalah untuk menghumban Anwar ke penjara supaya pembangkang menjadi kucar-kacir dan tidak bersedia. Kemudiannya, pilihan raya mengejut diumumkan dan mereka akan menang dengan mudah,” katanya.

Menurut Malott adalah mustahil bagi Anwar bagi menang pada perbicaraan itu, lebuh-lebih lagi apabila bukti-bukti penting kes itu dinafikankepada peguamnya. Malah, media-media yang dikuasai kerajaan telah juga menghukumnya dengan mendapati beliau 'bersalah' dalam laporan mereka.

"M
alaysia tidak mempunyai sistem juri. Keputusan ditentukan oleh seorang hakim yang dilantik oleh kerajaan yang sama yang mahu Anwar dikeluarkan dari politik,” katanya.

Dalam artikelnya itu juga, Malott mendakwa kerajaan BN sekarang dibelenggu oleh pelbagai masalah dan mereka bertekad untuk mengurung Anwar agar segala kepincangan itu tidak dihebohkan.

Katanya, ekonomi Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan terdapat kadar pertumbuhan, namun perangkaaan itu disokong oleh perbelanjaan kerajaan.Tindakan itu menyaksikan hutang negara semakin membesar manakala pelaburan terus asing (FDI) cukup kecil.
-malaysiakini
Related Posts with Thumbnails